Wajah Bercahaya
Around 2013 - 2016
Saya mula bermimpi tentang seorang lelaki semasa saya sekitar 11 tahun atau 14 tahun. I couldn't remember tahun sebenar saya bermimpi sebab dah terlalu lama. Saya terfikir nak buat blog ni pun sebab saya harap orang yang saya cari terbaca kisah saya ni. 😅
Mimpi saya bermula apabila saya pulang bermalam di rumah keluarga saya. Saya tak pasti pulang bermalam kerana apa. Mungkin kerana cuti semester. Semasa saya tiba di rumah, saya lihat ramai orang yang berkumpul di rumah saya. (Eheiiii ni bukan kisah motivasi ya. Ini bukan tentang balik rumah, nampak banyak selipar, ramai yang bacakan yaasin, bukan ya.)
Sedang saya berfikir tentang apa yang berlaku, saya nampak ayah saya hendak pergi ke satu tempat, naik kereta. So, sebagai orang yang busybody, saya pun tanyalah ayah saya, nak pergi mana semua tu kan. Ayah saya kata, "Kakak, ayah memang nak suruh kakak ikut pun." So saya apa lagi. Ikut la.
(Minta maaf. Saya guna informal jela ya. Saya tak reti berpujangga la. Hehe <3.)
Masa sampai tu, saya nampak masjid. Masjid tu saya tak pasti la besar ke tak yang penting, depan masjid tu ada lantai, ada kereta, dan depan kereta tu ada seorang lelaki.
Kalau tanya saya, saya nampak ke tak muka dia, saya rasa saya nampak. Perasaan saya masa nampak muka dia tu, saya rasa tenang. Rasa teruja. Rasa sebak. Saya ingat sampai sekarang, saya cakap, "Wujud rupanya wajah lelaki yang bercahaya seterang ini."
Benda terakhir yang saya nampak time mimpi tu, dia hulurkan tangan ke arah saya. Saya terus terbangun. Haih kan best kalau lama sikit saya mimpi HAHAHHAAH. Itu jela pertama kali saya bermimpi. Saya kerap berfikir. Adakah ini jodoh? Wallahualam.

Comments
Post a Comment